google-site-verification: google99d00c1a52e95c01.html Penemuan Nasa Terbaru : Nasa Mendapati Aerosol Mempercepat Lagi Pemanasan, bukan Hanya Karbondioksida - Dunia Imajinasi dan Inspirasi

Penemuan Nasa Terbaru : Nasa Mendapati Aerosol Mempercepat Lagi Pemanasan, bukan Hanya Karbondioksida

Mengikut kajian terbaru yang dibuat oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) di kutub Artik telah mendapati peningkatan suhu yang direkodkan sejak 1976 di kawasan tersebut disebabkan oleh peningkatan Aerosol di dalam atmosfera.

Aerosol amat mudah diperoleh secara semulajadi mahupun secara buatan manusia. Namun begitu, peningkatan jumlah aerosol di dalam udara sejak kebelakangan ini amat membimbangkan para saintis. Ini kerana pada tahap tertentu, aerosol mampu memantul dan menyerap radiasi dari matahari (seperti Ultraungu) dan membentuk awan.

Sebagai contoh, lebih banyak radiasi ultraungu diserap, maka makin bertambah panas Bumi kita. Ini kerana haba yang dibawa oleh ultraungu tidak boleh dibebaskan semula ke angkasa lepas kerana diperangkap oleh aerosol.

Sebelum ini, ramai yang menyangka gas karbon dioksida sebagai punca utama pemanasan global. Namun dengan penemuan terbaru ini aerosol merupakan agen pemanasan global mesti diberikan perhatian yang sewajarnya jika tidak mahu ais di kutub utara mahupun di selatan cair dalam masa sedekad, tambah Drew Shindell, saintis dari NASA's Goddard Institute for Space Studies, New York.


sumber : http://doctorhanif.blogspot.com/2009/08/penemuan-terbaru-nasa-mendapati-aerosol.html
Penemuan Nasa Terbaru : Nasa Mendapati Aerosol Mempercepat Lagi Pemanasan, bukan Hanya Karbondioksida Penemuan Nasa Terbaru : Nasa Mendapati Aerosol Mempercepat Lagi Pemanasan, bukan Hanya Karbondioksida Reviewed by Elisa ELisa on Thursday, January 28, 2010 Rating: 5

No comments:

Sahabat

Powered by Blogger.